STAR bersinar di P191 Kalabakan

Kalabakan, 10hb Oktober 2021: Parti Solidariti Tanah Airku, StarSabah bertapak di Kalabakan.

Tuan Rahmat Sawal mengetuai 3 orang Penaja Bahagian yang lain, masing-masing di N.70 Kukusan, N.71 Tanjung Batu, N.72 Merotai dan N.73 Sebatik. Mereka telah mengambil keputusan untuk menjadikan Parti Star sebagai platform politik mereka.

Kehadiran Timbalan Presiden StarSabah, Tuan Jalumin Bayogoh mengukuhkan lagi semangat dan tekad mereka untuk bergabung dan bernaung di bawah StarSabah.

Tuan Jalumin mengalu-alukan penyertaan mereka dan berharap agar perjuangan Parti Star terus mantap di Kalabakan.

Turut bersama Tuan Jalumin ialah Dr. Paul Porodong, Penyelaras Parlimen Kota Marudu, Ketua Bahagian Limbahau Tuan Lawrence Anjum dan Ketua Bahagian Pantai Manis Tuan Jamil William. Rombongan yang bersama Tuan Jalumin ini bersama dengan beliau.