Penyelaras Parlimen STAR P.179 Ranau meninggal dunia

Kota Kinabalu, 9hb Ogos 2021: Keluarga besar Starsabah dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan seperjuangan.

Almarhum Datuk Haji Jaimin Samitah telah meninggal dunia di Kuala Lumpur dan jenazahnya akan disemadikan di sana.

Almarhum adalah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti Star dan juga adalah Penyelaras Parlimen di P.179 Ranau.

Difahamkan bahawa beliau telah terjangkit virus Covid-19 semasa persidangan parlimen baru -baru ini dan menjalankan tempoh kuarantin di Kuala Lumpur.

Pemergian beliau adalah kehilangan besar dalam Parti. Keperibadian beliau yang sentiasa ramah dan tidak pelit dengan senyuman akan diingati selamanya.

Anak-anak muda dalam Parti menganggap beliau sebagai mentor yang sentiasa memberikan tunjuk ajar. Mereka menyifatkan almarhum sebagai guru dan seorang sahabat yang meninggalkan mereka terlalu awal.

Semoga semua amalan beliau diterima Allah dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Diharapkan juga agar keluarga yang ditinggalkan bersabar dan tabah menghadapi kehilangan ini.