STAR MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI PENAMPANG

Kenny Chua menerima Watikah Pelantikan sebagai Penyelaras Parlimen Penampang daripada DSP Dr Jeffrey G. Kitingan

Kota Kinabalu, 19hb Julai 2021: Parlimen Penampang menerima Penyelaras STARSABAH yang baru hari ini.

Tuan Kenny Chua telah menerima watikah pelantikan sebagai Penyelaras Parlimen STAR bagi Parlimen Penampang daripada Presiden Parti, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitinggan.

Tuan Kenny Chua sebelum ini adalah Penyelaras Parlimen Sepanggar, namun atas permintaan akar umbi dan penyokong penyokong, maka beliau telah di percayakan untuk menyelaras Parlimen Penampang.

Semoga dengan adanya seorang Penyelaras Parlimen di Penampang, maka Star akan terus dimantapkan lagi.

Tuan Kenny Chua mengucapkan terima kasih kepada Datuk Presiden atas kepercayaan yang diberi.