Selamat Hari Raya Aidiladha

Yb DSP Dr Jeffrey bersama Yb Datuk Robert Tawik dalam acara simbolik penyerahan lembu korban

Keningau, 18 Julai 2021: Wakil Rakyat Parlimen P.180 Keningau, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan menyempurnakan penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha kepada empat buah kampung di Keningau iaitu Kampung Merampong, Kampung Beriawa, Kampung Baginda dan Kampung Penagatan.

Sumbangan ini dilakukan sempena Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba. Penyerahan lembu korban tersebut diadakan di Masjid Riyadhus Solihin Kampung Merampong, Keningau.

Hadir bersama pada Majlis Penyerahan ringkas ini ialah Adun Bingkor, Yb Datuk Robert Tawik, Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson, beberapa pemimpin akar umbi di Keningau dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Riyadhus Solihin Merampong.