Food Bank Dun Kadamaian, Kota Belud Style ~ Membantu Selagi Mampu

Ahli Jawatankuasa Bahagian N.11 Kadamaian bersama Ketua Bahagian, Tuan Ukoh Jerremy.

Kota Belud, 18hb Julai 2021 : Ketua Bahagian Dun Kadamaian, Tuan Ukoh Jerremy Malajad melancarkan Food Bank Kota Belud Style di Pejabat Perhubungan N.11 Kadamaian hari ini.

Food Bank ini berjaya diwujudkan atas kerjasama Ketua Bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa yang sentiasa berikhtiar memberikan yang terbaik bagi masyarakat Kota Belud, khususnya di Kadamaian.

Ketua Bahagian N.11 Kadamaian merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelaras Parlimen Kota Belud, yang juga merupakan Timbalan Presiden StarSabah, Tuan Jalumin Bayogoh yang telah memberikan sumbangan kepada Dun Kadamaian untuk memulakan operasi Food Bank.

Menurut Tuan Ukoh Jerremy Malajad, antara lain tujuan pewujudan food bank adalah menggalakkan semangat “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” di kalangan ahli-ahli Star dan masyarakat Kota Belud terutama di bahagian Kadamaian.

Difahamkan bahawa DUN lain di kawasan Kota Belud seperti Pintasan, Tempasuk dan Usukan akan mewujudkan Food Bank di bahagian masing-masing dalam masa terdekat ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan barangan dapur dari Food Bank Kota Belud Style di Dun Kadamaian ini boleh berhubung dengn ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian atau datang terus ke Pejabat Perhubungan Star Kadamaian di Kampung Piasau.