Wiranita bahagian N44 Tulid menjadi organ terkini parti STAR menyediakan Food Bank

Tulid, Keningau : Selepas Bongawan(Transit Cafe FoodBank), Tambunan(Gapari FoodBank), Papar(Sabandil Villa FoodBank), Pintasan, Kota Belud(Gerai Singgah Mata Kg Timbang), Tulid kini menjejaki usaha murni parti STAR menyediakan Food Bank untuk warga tempatan terpinggir yang memerlukannya.

Usaha Wiranita Tulid yang diketuai oleh Ketua Wiranita Tulid Pn Nemmie Gumbeh dengan sokongan penuh oleh ADUN N44 Tulid, YB Pn Flovia Ng telah membuahkan hasil. Ini ternyata dengan sambutan positif diterima dari luar dan dalam DUN Tulid.

Dua buah Food Bank telah disediakan di dua lokasi strategik untuk membantu mereka yang memerlukannya di Kg Menawo Laut (Mukim Sebrang) dan Kg Simpang Empat (Mukim Tulid).

Usaha ini adalah program kemasyarakatan untuk menggerakkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bergabung tenaga, jentera dan sumber bagi membantu mereka yang terpinggir tanpa mengira fahaman politik.

Orang ramai yang ingin menyumbang atau sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pn Nemmie Gumbeh di 0167638804 atau Pn Margaret Hyachinta di 0165193305. Pihak Wiranita Tulid mengalu-alukan bantuan/sumbangan dalam bentuk apa-apa.

Mereka juga boleh dihubungi melalui page Facebook mereka di Wiranita Tulid.

#STARPrihatin #PNBersamaMu #GRSUtamakanRakyat #SabahanUnited #RumahKitaKitaJaga #KitaMestiMenang