Food Bank StarSabah di Parlimen Papar

Foodbank Starsabah di Parlimen Papar

Papar, 8hb Julai 2021:
Starsabah terus berbakti kepada masyarakat setempat.

Pelancaran Foodbank oleh Tuan Jamil William Core, Penyelaras Parlimen P.175 Papar hari ini menunjukkan keprihatinan pemimpin-pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku kepada rakyat.

Food Bank yang diusahakan bersama oleh pemimpin-pemimpin Star di Parlimen Papar ini diharapkan akan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Food Bank yang serba sederhana ini adalah hasil sumbangan ahli-ahli Star di P. 175 Papar dengan kerjasama beberapa NGO.
Food Bank ini terletak di Sabandil Villa, Papar.

Dalam majlis pelancaran ringkas hari ini, Tuan Jamil mengesa kepada masyarakat di sekitar Papar agar datang ke Pusat Pengumpulan Makanan (Foodbank) ini sekiranya perlu.
“Datang sahaja, tidak ada prosedur yang harus dipenuhi” kata beliau.

Turut hadir bersama ialah Ketua Bahagian Limbahau, Tuan Laurence Anjuman, Ketua-ketua Wiranita dan beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Majlis berjalan dengan pengawasan SOP yang ketat.