STAR MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA DATUK SERI ISMAIL SABRI

Presiden STAR, DSP Dr Jeffrey Kitingan mengucapkan Tahniah kepada DS Ismail Sabri

Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dr Jeffrey Kitingan mengatakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan kepadanya secara peribadi tentang keputusan ini.

Beliau mengatakan bahawa Datuk Seri Ismail mempunyai rekod yang baik. Beliau mempunyai pengalaman memegang beberapa portfolio penting dalam kerajaan, pengalaman ini pastinya dapat digunakan untuk membantu meringankan tanggungjawab Perdana Menteri, terutama dalam menangani musibah Covid-19 ini”

“Saya yakin pelantikan ini akan membantu mengukuhkan kerajaan dan menstabilkan keadaan politik negara.”

“Tindakan Perdana Menteri memaklumkan kami, rakan -rakan politiknya mengenai keputusan ini menunjukkan keperibadian dan kepimpinannya. Beliau terbukti berbeza daripada perdana menteri sebelumnya”.

Menurut Dr Jeffrey, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa beliau mengambil waktu yang lama untuk membuat keputusan mengenai pelantikan ini.

“Ini menunjukkan bahawa keputusan ini telah dipertimbangkan dengan baik dan bukannya dilakukan dengan tergesa-gesa, ”katanya.