Bantuan Bakul makanan disalurkan kepada pemimpin akar umbi

Yb Senator Datuk Guandee Kohoi menyerahkan Bantuan Bakul Makanan

Kota Kinabalu, 2hb Julai 2021: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Senator Datuk Guandee Kohoi hari ini menyampaikan Sumbangan Bantuan Makanan kepada 550 penerima yang telah dikenalpasti melalui pemimpin akar umbi di 11 kawasan DUN.

Kesemua 11 kawasan ini, masing-masing telah menerima 50 bakul makanan. Bakul-bakul makanan ini kemudiannya akan diserahkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Pemimpin akar umbi tersebut ialah En. Andry Juhui dari Banggi, En. Henry Motimbun dari Bengkoka, En. Masandur Madee dari Pitas, En. Julian Joe Datuk Ohjihi dari Tanjung Kapor, En. Marunsai Dawai dari Matunggong, En. Saban Sawayan dari Bandau, En. Joel Masilung dari Tandek, En. Suwah Bulleh dari Tempasuk, En. Hamid Jamal dari Usukan, Dato’ Sri Raplin Samat dari Pintasan dan En. Ukoh Jeremy Malajad dari Kadamaian.

Majlis penyerahan bakul makanan tersebut dilakukan secara simbolik sahaja kepada pemimpin-pemimpin masyarakat akar umbi yang terlibat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

YB Datuk Guandee menjelaskan bahawa bantuan daripada kementeriannya ini adalah peruntukan untuk program berkaitan pelancongan tetapi oleh kerana industri pelancongan tidak dapat bergiat aktif kesan Pandemik Covid-19, maka peruntukan tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih mendesak iaitu bantuan makanan.

Beliau berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan penerima dan berharap agar kita semua terus kekal patuh kepada ketetapan SOP kerajaan dan menyokong segala usaha kerajaan dalam menangani situasi pandemik Covid-19.

YB Datuk Guandee juga mengingatkan mengenai keperluan suntikan vaksin dan kepentingan pencapaian imuniti kelompok. Kepada yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin, mendaftarlah sekarang dan hadir ke pusat pemberian vaksin mengikut jadual yang akan ditetapkan.