Wiramuda STAR Nabawan menyantuni warga terpinggir di Nabawan

Nabawan, Pensiangan. 27 Jun 2021 (Ahad) : Pagi tadi, Naib Ketua Wiramuda STAR negeri, Tuan Jordan Jude Ellron telah turun padang untuk menyempurnakan Program Lawatan Kasih yang dianjurkan oleh Wiramuda STAR bahagian Nabawan.

Program itu telah disasarkan untuk warga golongan terpinggir seperti orang sakit, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas dari 10 buah kampung yang dikenalpasti.

10 individu telah diziarahi dan menerima sumbangan kasih yang disampaikan oleh Tuan Jordan.

Mereka adalah dari kampung-kampung seperti berikut:

  1. Kampung Murni A.
  2. Kampung Lumintak.
  3. Kampung Salarom Taka.
  4. Kampung Natuuran.
  5. Kampung Tonomon.
  6. Kampung Sinsingon.
  7. Kampung Pandiwan.
  8. Kampung Saupi.
  9. Kampung Tetagas.
  10. Kampung Malinja.

Semoga sumbangan sederhana dan ikhlas ini dapat meringankan sedikit beban yang dialami oleh mereka yang sedang dalam kesusahan.

WiramudaSTAR

TerusBekerja

P182STARPensiangan