Tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Junz Wong kepada UPPM adalah tidak berasas – Alexius Kiob

  • 26/06/2021
  • Misc
Alexius Kiob, PPM Tambunan

Tambunan : Baru-baru ini tular di media sosial bahawa UPPM dan khususnya PPM tidak melakukan kerja di laman Facebook ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong. Tambah beliau, UPPM Tidak menyalurkan apa-apa bantuan kepada rakyat yang susah di kawasan masing-masing.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tambunan, Alexius Kiob berkata tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Junz Wong dalam Facebook adalah sangat tidak berasas. Sejak kerajaan negeri mengumumkan bantuan bakul makanan PKP 3.0 UPPM berkerjasama dengan Pejabat Daerah Tambunan dan Jabatan-jabatan lain untuk mengagihkan bakul makanan kepada 8200 lebih Ketua Isi Rumah (KIR) golongan E-Kasih dan B40.

Junz mendakwa lagi bahawa setiap PPM telah diberikan peruntukan untuk membantu rakyat sedangkan itu adalah sama sekali tidak benar melainkan peruntukan yang dimaksudkan adalah disalurkan melalui ADUN-ADUN di kawasan masing-masing.

Justeru tindakan Junz yang menyebarkan nombor telefon peribadi PPM dan mempertikaikan tugasan UPPM masing-masing adalah sikap yang sangat tidak professional. Sedangkan PPM dan UPPM masing-masing sibuk berkerja tambahan lagi pada musim pandemik ini dengan program Vaksinasi, Program Bantuan Bakul makanan dan Juga bencana alam yang terjadi baru – baru ini.

Seharusnya Junz lebih bersikap rasional daripada mencari kesalahan-kesalahan yang tidak berfakta semata-mata untuk dilihat lebih baik dan kerajaan dilihat lemah. Sebagai contoh, Kenyataan di media Junz bahawa UPPM sibuk dengan ‘mesyuarat,ambil gambar dan makan-makan. Kenyataan sebegitu adalah memperlihatkan kebencian Junz secara peribadi kepada kerajaan. Realitinya, setiap memulakan sebelum perancangan ataupun program kena ada mesyuarat. Setelah mesyuarat pastinya disediakan minum dan gambar adalah untuk laporan umum laman rasmi.

Dalam keadaan pandemik kritikal sebegini seharusnya semua pihak berganding bahu, bukannya saling menuding jari dan membuat tuduhan fitnah. Junz seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Negeri kerana menyalurkan peruntukan kepada ADUN-ADUN bukan kerajaan bagi membolehkan mereka memberi bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.