PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PETUGAS DI SJR TAMBUNAN

  • 26/06/2021
  • Misc
Rizal Johari, Ketua Wiramuda StarSabah

Tambunan, 24 Jun 2021 (Khamis):

Ketua EXCO Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sdr. Rizal J. Utto, telah menyerahkan sumbangan berupa roti bun dan minuman kepada para petugas barisan hadapan di pondok keselamatan Sekatan Jalan Raya (SJR) Tambunan siang tadi.

Memetik daripada laporan harian KKM, kes di Sabah masih kurang meyakinkan. Rizal menyeru seluruh rakyat Sabah untuk terus mematuhi perintah yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Beliau percaya keadaan akan bertambah baik dengan kesungguhan dan kerjasama yang padu dari semua.

Tamat.