STAR MELALUI CAWANGANNYA DI SEMENANJUNG MEMBUAT LAPORAN KEPADA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (“MCMC”) TERHADAP SATU AKAUN FACEBOOK YANG BERNAMA DANNY LUKAS JR.

KUALA LUMPUR (22.6.2021): Susulan daripada laporan Polis yang dilakukan oleh AJK Induk STAR Semenanjung dan pemimpin-pemimpin daripada StarSabah bulan lepas terhadap satu posting gambar poster yang berbaur fitnah dan hasutan terhadap Parti STAR dan Persiden Parti yang tular daripada akaun facebook Danny Lukas Jr, pihak STAR Semenanjung telah meyusuli laporan Polis ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Susulan daripada laporan ini, pihak MCMC memaklumkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka oleh IPD Kota Kinabalu di bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan [Akta 574] dan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“AKM 1998”). Pihak MCMC juga akan bertindak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan kes tersebut.

Pihak STAR Semenanjung dan seluruh kepimpinan STAR menyambut baik perkembangan ini dan menyerahkan sepenuhnya siasatan ini kepada pihak berkuasa dan berharap individu yang tidak bertanggunjawab ini dibawah ke muka pengadilan untuk tindakan selanjutnya. Ini bagi memastikan supaya perpaduan, keamanan dan perdamaian masyarakat yang majmuk di Malaysia terus terjaga dan terpelihara.

Pihak STAR mengingatkan kepada semua ahli dan masyarakat di luar sana supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sumber-sumber yang bukan keluar dari pihak parti STAR yang boleh menimbulkan ketegangan di antara masyarakat yang majmuk.

-Tamat-