Terima kasih “Frontliners”~ Rizal Johari

Rizal Johari, Ketua Wiramuda StarSabah

Kota Kinabalu, 17 Jun 2021: Ketua Wiramuda STAR, Sdr Rizal J. Utto sempat memberikan sumbangan berupa minuman dan makanan ringan kepada pekerja-pekerja barisan hadapan di pusat vaksinasi negeri pacific sutera hari ini semasa beliau menghadiri pengambilan vaksin covid-19 kali kedua.

Menerima sumbangan ialah, Dr Roddy Teo dan Sdr. Vilfred Vitalis daripada KKM.

Sdr. Rizal turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat dalam usaha-usaha mereka memerangi penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Sabah terutamanya yang berada di kawasan pedalaman untuk menghubungi pihak yang berpatutan untuk mendaftarkan diri menerima vaksin ini kerana peratusan pendaftaran di Sabah masih rendah.

Sesiapa yang ingin mendaftarkan diri sebagai sukarelawan boleh juga berbuat demikian dengan merujuk kepada pejabat kesihatan terdekat ataupun melalui laman https://www.myvac.com.my/

“LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA”