Starsabah Memperingati Peristiwa Double Six

Sembulan Kota Kinabalu, 6hb Jun 2021 : Parti Solidariti Tanah Airku tidak pernah melupakan sejarah Sabah dan perjuangan anak-anak Sabah.

Hari ini, walaupun dalam kekangan Perintah Kuncitara (Lockdown) namun pemimpin StarSabah tetap mengambil usaha untuk hadir ke lokasi dengan izin pihak polis.

Timbalan Presiden StarSabah, Tuan Jalumin Bayogoh yang mewakili Dsp Dr Jeffrey berkata, ” Parti STAR dibina atas semangat orang-orang Sabah yang mahukan layanan sama rata daripada Persekutuan dalam segala aspek pengurusan dalam negara. Salah satu perkara yang dituntut oleh Parti StarSabah bersama orang-orang Asal ialah memberikan pengadilan yang sewajarnya terhadap kejadian hitam yang berlaku pada tahun 1976 yang lalu.

Beliau menegaskan, seperti yang selalu diperkatakan oleh Dr Jeffrey, kita akan sentiasa memperingati Peristiwa ini, bukan sahaja sebagai cara menuntut pengadilan dilaksanakan namun juga merupakan cara untuk mendidik generasi mudah agar tidak pernah lupa kepada sejarah Tanah Air”

Setiausaha Agung STARSABAH, Yb Senator Datuk Guandee Kohoi yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kesenian Malaysia berkata,
“Tugu Peringkat Double Six ini sebenarnya adalah khazanah kebudayaan rakyat Sabah yang harus dipelihara dan sentiasa diingati.”

Beliau sempat mengimbau kejadian 45 tahun yang lalu ini, di mana beliau sedang berkhidmat dengan RTM pada masa itu. Sebaik mendengar berita ini, beliau bergegas ke lokasi kejadian. Gambar tunggal kapal Nomad GAF N-22B yang terhempas itu diambil oleh beliau sendiri pada 6hb Jun 1976 yang lalu.

“Peristiwa ini, sebenarnya sangat dekat dihati setiap rakyat Sabah,” tambah beliau.

Turut hadir bersama ialah Tuan Ardino Diris, Timbalan Setiausaha Agung STARSABAH, Datuk Haji Jaimin Samitah, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Penyelaras Parlimen Ranau, Dr Paul Porodong, Penyelaras Parlimen STAR Kota Marudu dan Tuan Pransol Tiying Penyelaras Parlimen STAR Kudat.

Beberapa pemimpin muda Parti StarSabah turut berada di lokasi iaitu Prem G. Kitingan, Alfred Raphael dan Muarifiddin Abdul Malek Chua.