Pelantikan YB Senator Datuk Guandee Kohoi sebagai Timbalan Menteri Persekutuan tepat pada masanya – Jalumin Bayogoh

  • 16/04/2021
  • Misc
Yang Berhormat Senator Datuk Guandee Kohoi mengangkat Sumpah di Istana Negara

Kuala Lumpur, 16hb April 2021 : Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia oleh Timbalan Menteri Persekutuan yang baru dilantik di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berjalan lancar hari ini.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Starsabah, Tuan Jalumin Bayogoh berkata, pelantikan Yb Datuk Guandee Kohoi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ini adalah tepat pada masanya dan sangat dialu-alukan oleh rakyat Sabah.

Seperti yang kita semua sedia maklum, jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan ini disandang oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, Presiden Parti StarSabah sebelum ini.

Tindakan kerajaan melantik Setiausaha Agung Starsabah, Datuk Guandee Kohoi adalah tepat bagi kesinambungan kepada rancangan-rancangan kementerian yang dibuat oleh DSP Dr Jeffrey sebelum ini.

Pelantikan ini juga merupakan penghargaan dan kepercayaan yang besar kepada Parti StarSabah untuk terus berkhidmat kepada rakyat.