Sabah dan Sarawak Tidak Lagi disebut sebagai Negeri

Buku Sabah Sebuah Negara oleh Mendiang Daniel Jebon Janaun

Kota Kinabalu, 8hb April 2021 : Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah memberikan penjelasan tentang perubahan sebutan Negeri kepada wilayah terhadap Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Dr Jeffrey menjelaskan bahawa ucapan Perdana Menteri YAB Tan Seri Muhyiddin Bin Mohd Yassin di Kuching pada 2 April mengenai penggunaan perkataan “wilayah” bukan merujuk kepada wilayah -wilayah persekutuan yang sedia ada.

Gelaran wilayah dalam konteks ini tidak sama dengan dengan gelaran “Wilayah Persekutuan” iaitu Labuan, Kuala Lumpur dan Putra Jaya.

Wilayah yang diumumkan bermaksud Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah rakan kongsi yang sama -sama menubuhkan Malaysia.

Empat wilayah ataupun entiti ini iaitu Persekutuan Tanah Melayu atau sekarang lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak telah bersama -sama menubuhkan Malaysia. Walau bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia yang baru dibentuk ketika itu.

Jelas beliau lagi, Malaysia ditubuhkan bersama empat (4) wilayah ini dan bukan dengan negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia.

Dalam konteks pengumuman Perdana Menteri itu, Semenanjung juga dipanggil wilayah, kita di Borneo, Sabah dan Sarawak juga dipanggil wilayah.

Perkara penting dalam pengumuman Perdana Menteri ini ialah, kita tidak lagi dipanggil negeri yang setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Maksud tersirat ucapan Perdana Menteri sangat jelas iaitu Sabah dan Sarawak adalah setaraf dengan Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, Sabah dan Sarawak kini tidak dipanggil Negeri Sabah atau Negeri Sarawak lagi. Cukuplah dengan Sabah dan Sarawak, sama seperti Semenanjung, hanya disebut Semenanjung Malaysia.

Secara ringkasnya Sabah dan Sarawak setaraf dengan Semenanjung dan masing-masing digelar wilayah.
Ketiga-tiga wilayah ini bertaraf lebih tinggi daripada negeri-negeri.

Beliau berharap, agar penjelasan ini menjawab soalan – soalan rakyat Sabah yang sedang bergolak ketika ini.