Mantan penasihat UPKO Penampang sertai Parti STAR

Kota Kinabalu, 8 April 2021 (Khamis) : YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan menerima borang keahlian seumur hidup daripada mantan Penasihat UPKO Penampang, Datuk Albert Boyou, bersama dengan anaknya di ibu pejabat STAR,baru-baru ini.

Datuk Albert, seorang usahawan KDMR, mengatakan bahawa beliau berpendapat STAR semakin mendapat sambutan daripada orang-orang penampang dan akan menjadi pesaing utama dalam Pilihanraya yang akan datang.

Beliau juga bercadang untuk membawa beberapa kumpulan ahli lagi dalam terdekat ini bagi menyertai Star.

Turut bersama Datuk Albert ialah Pegawai PPM Moyog, Tn. Joe Suleiman dan Ketua Penyelaras Perikatan Nasional Penampang, Tn Alexander Boyou.