Lagi Masyarakat Tiong Hua Tampil Menyokong Perjuangan STAR

Kota Kinabalu, 30 Mac 2021 (Selasa) : Sebanyak 100 borang keahlian daripada masyarakat Tiong Hua diserahkan kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), pada petang tadi di ibu pejabat STAR.

Kumpulan tersebut diwakili oleh Datuk Chee Chi Vun, Timbalan Presiden Dewan Cina Kota Kinabalu dan beberapa ahli dewan yang diketuai oleh Tuan Kenny Chua, Ketua Penyelaras Parlimen STAR Sepanggar.

Dr Jeffrey turut memberi penghargaan kepada mereka atas kepercayaaan dengan Parti STAR yang semakin mendapat kepercayaan di kalangan Rakyat sabah.

Dr Jeffrey menjelaskan bahawa STAR ialah sebuah parti berbilang bangsa dan semua warga Sabah dialu-alukan menyertai Parti STAR.

Dr Jeffrey juga mengingatkan mereka tentang kepentingan untuk semua pihak bersatu demi memastikan pembangunan Sabah direalisasikan selari dengan visi dan misi Sabah Maju Jaya.

Turut hadir dalam program itu ialah Puan Arlinsia Agang, Setiausaha Politik Menteri dan Tuan Rizal Johari, Setiausaha Sulit Menteri