Kemasukan ahli baru untuk STARSabah Bahagian Membakut

21/03/2021 (Ahad)

STARSabah sekali lagi digempar dengan berita baik apabila seramai 158 orang dari membakut menyerahkan borang keahlian mereka.

Kumpulan tersebut diketuai oleh Saudara Jomi Mokundal dari Kg Suok Badil.

Jomi turut menyatakan bahawa sudah 30 tahun perkampungan mereka menderita akibat tiada bekalan elektrik walaupun kampung mereka berdekatan dengan kawasan pekan.

” Dengan penyertaan ini, maka besar la harapan kami supaya Parti STARSabah dapat bantu kampung kami untuk menyelesaikan isu elektrik ini”.

Penyerahan borang keahlian STARSabah disempurnakan di kediaman Ketua Bahagian STARSabah Membakut, Tn Benjamin Ondoi, yang juga merupakan Ketua Daerah.