SHAFIE KENA TAHU MEMBEZAKKAN APA YANG MALAYSIA PERLU DAN APA YANG SHAFIE MAHU

kolumnist: M.A.M.C(Muariffidin Abdul Malek Chua)

KOTA KINABALU: membaca kenyataan akhbar daripada datuk shafie mengenai apa yang diperlukkan oleh Malaysia sememangnya sesuatu yang ada logiknya. Memang amat dipersetujui setelah 60 tahun kewujudan Malaysia adalah molek jikalau pada suatu masa akan datang akan ada seorang Perdana Menteri daripada sabah ataupun Sarawak, walaupun ianya bukan diri beliau. Namun shafie kena tahu membezakkan apa sebenarnya yang Malaysia perlu dan apa yang shafie sendiri mahu.

 

Menurut Shafie beliau mempunya visi yang amat jelas tentang hala tuju Malaysia seakkannya beliau lebih tahu daripada pemimpin – pemimpin yang lain, beliau membuat persepsi bahawa dia sahaja yang mampu menyatukkan kesemua kaum di Malaysia ini dengan lebih aman. Persoalan ini sepatutnya ditanya kepada beliau sendiri adakah Malaysia tidak Bersatu? Adakah juga Malaysia tidak aman? Kenapa kah harus sentimen perkauman ini di lagukan oleh shafie. Adakah ini yang diperlukan Malaysia atau shafie sendiri?

 

Dalam strategi pemasaran politik beliau, shafie selalu mempropagandakan ‘Unity’ atau ‘Perpaduan’ adakah ini tidak tercapai dalam kerajaan Malaysia pada masa ini. Shafie kena tahu bahawa tidak pernah ada pun isu mengenai perpaduan masyarakat setelah sekian lama dan sabah sendiri telah menjadi contoh yang terbaik mengenai semangat perpaduan ini, adakah shafie tidak sedar mengenai ini.

 

Semangat Unity yang beliau gemakkan bukan sahaja telah menjadi salah satu tanda kebanggan rakyat sabah setelah sekian lama tapi juga telah terbukti dengan lebih jelas dalam kepimpinan kerajaan GRS di sabah dimana tidak ada satu parti pun yang lebih dominan dari yang lain. Kerajaan hari ini telah lulus cemerlang membawa semangat perpaduan yang dialungkan oleh shafie berbanding dari parti warisan itu sendiri. Gabungan parti – parti komponen dalam GRS hari ni juga lebih jelas Kerjasamanya dengan kerajan pusat PN berbanding pada waktu Warisan dan PH. Oleh itu semangat UNITY apa sebenarnya yang shafie inginkan atau semangat UNITY ini hanya rethorik shafie sahaja?

 

Shafie juga meminta supaya umur minima mengundi diturunkan pada 18 tahun dapat dilaksanakan menjelang PRU15 nanti. Secara peribadi saya sebenarnya bersetuju namun kajian terperinci juga harus dilaksanakan terlebih dahulu. Beberapa negara lain seperti South African Republic telah meluluskan umur minima untuk mengundi serendah 16 tahun pada tahun 1890. Manakala negara – negara yang membangun seperti England, Amerika Syarikat, Canada, Australia dan Perancis telah meluluskan minima umur mengundi seawal 18 tahun namun proses ini menambil masa lebih dari 15 tahun kerana banyak kajian perlu diambil kira, Sosio ekonomi, pola minda masyarakat muda, pembangunan sekililing, kebergantungan terhadap orang tua dan banyak lagi telah diambil dan perlu diambil kira sebelum enakmen itu diluluskan.

 

Shafie tidak perlulah mempropagandakan bahawa negara Malaysia ini juga hak mereka yang tergolong dalam umur tersebut kerana negara Malaysia ini adalah hak semua termasuklah mereka yang baru sahaja lahir biarpun pada detik ini. Melihat dari tindak tanduk kerajaan PN hari ini shafie kena memberi bukti yang lebih konkrit dengan pertuduhan bahawa kerajaan mengendahkan mereka. Kerajaan hari ini bertindak hasil daripada rintihan bukan sahaja dari golongan belia tetapi juga mereka yang beliau tuduh kerajaan endahkan. Jangan hanya kerana umur minima mengundi ini belum boleh diteruskan pada masa ini shafie pula terus membuat konklusi yang tidak berasas.

 

Mungkin shafie lupa bahawa ramai pemimpin generasi sekarang juga dari golongan yang muda, rasanya tidak perlulah diingatkan bahawa syed saddiq dan nurul izzah juga salah satu barisan kepimpinan yang muda pada generasi sekarang.

 

Lebih ironi lagi shafie juga menegaskan bahawa mereka yang berpindah parti atau terma yang lebih dikenali disabah ‘lompat katak’ perlu ditolak dan secara langsung menamatkan kerjaya mereka sebagai ahli politik. Bagaimana pula mereka yang berpindah ke parti warisan atau sekutu mereka haruskah juga kerjaya mereka ditamatkan seperti mana yang beliau mahukan? Atau ini juga sikap rethorik atau hipokrit semata mata?

 

Shafie kena belajar erti keikhlasan dan rakyat harus diutamakan, kerana imej yang di potraitkan oleh shafie amatlah memeranjatkan. Shafie berkata bahawa untuk merealisasikan keadilaan dalam ekonomi sejagat dari semua sudut termasuklah Pendidikan yang dikatakan jauh ketinggalan beliau haruslah mendapat sokongan majoriti parlimen terlebih dahulu untuk menjayakan visi ini.

 

Jikalau shafie mempunyai buah fikiran yang beliau rasa lebih baik bukankah molek tunjukkanlah keikhlasan itu dengan bekerjasama dengan kerajaan GRS diperingkat negeri dan juga PN di peringkat persekutuan supaya boleh menjadi salah seorang ‘policy maker’ dan bukannya hanya perlu menjadi perdana Menteri baru ingin melaksanakannya.

 

Shafie juga harus mendengar keluhan rakyat. Rakyat sekarang sudah mulai cuak dan muak mendengar isu isu politik. Ada pihak yang asyik mengatakan mereka bahawa mereka mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, ada lagi pihak yang hanya mahu berhimpun untuk duduk bersidang didewan parlimen dan ada juga pihak yang asyik mengatakan bahawa mereka lebih layak menjadi Perdana Menteri. Jikalau shafie benar benar mendengar keluhan rakyat beliau pasti sedar bahawa rakyat inginkan tindakkan pantas kerajaan lebih daripada propaganda politik semata mata.

 

Oleh itu Shafie kena tahu membezakkan apa yang Malaysia perlu dan apa yang sebenarnya shafie mahu. Shafie juga harus membuat keputusan samaada mendahulukkan rakyat atau kesombongan untuk mendapat jawatan.