YB DSP Dr Jeffrey G. Kitingan menerima vaksin Covid-19 pagi ini.

Kota Kinabalu, 5 Mac 2021 : Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Pertanian, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan pagi ini telah menerima suntikan imunisasi beliau di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perseketuan di Kota Kinabalu.

YB Datuk menjadi antara pemimpin seluruh negara yang menerima vaksin Covid-19 ini. Mereka menjadi pelopor bagi meningkatkan keyakinan rakyat ke atas keselamatan vaksin ini.

Seperti kebanyakan orang, YB Datuk juga melalui proses imunisasi yang sama dan tiada keistimewaan dari segi proses diberi. Suntikan hari ini adalah dos pertama dan dos kedua akan menyusul seperti yang disyorkan oleh pakar perubatan.