KEGAGALAN MENDENGAR SUARA RAKYAT ADALAH PUNCA WAKIL RAKYAT MENINGGALKAN ANWAR IBRAHIM DAN SHAFIE AFDAL

Kolumnis : Muariffidin bin Abdul Malek Chua (M.A.M.C)
Naib ketua bahagian STAR, Dun Bongawan


Dunia politik sekali lagi digemparkan dengan tindakkan beberapa wakil rakyat yang mengambil keputusan keluar parti. 2 wakil MP telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala 1 wakil DUN telah meninggalkan Parti Warisan Sabah.

Apa yang ironinya ialah kedua – dua president parti memainkan lagu yang sama, iaitu wakil rakyat mereka telah dibeli. Seakannya mereka tidak dapat menerima kenyataan dengan sanggup melemparkan fitnah dan pembohongan yang tidak berasas ini hanya kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah gagal sebagai pemimpin dan mendengar keluhan rakyat.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dengan Kerjasama dengan kerajaan GRS di Sabah dan juga GPS di Sarawak telah mempamerkan satu kesepakatan yang tidak pernah dilihat atau dipraktikkan oleh kerajaan – kerajaan yang terdahulu. Walaupun Kerajaan hari ini tertubuh bukan berdasarkan mandat seperti yang diwarkan oleh parti – parti pembangkang, PRN Sabah telah membuktikkan bahawa kerajaan PN telah mulai menawan hati rakyat Malaysia dan Sabah secara amnya. Walaupun kerajaan hari ini tertubuh pada masa pandemik Covid – 19 sedang giat menular, kerajaan hari ini juga lah yang berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih kritikal. Walaupun kerajaan hari ini terkesan dengan impak ekonomi global yang merundum kerajaan hari ini juga lah yang berjaya menstabilkan ekonomi negara tanpa menghiraukan keluhan rakyat.

Laungan reformasi yang selalu dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga laungan hapuskan kronisma dan nepotisma lebih jelas menyerlah dan di praktikkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding sewaktu kerajaan PH dimana PKR merupakkan entiti yang terkuat dalam gabungan tersebut. Badan kehakiman dan perundangan lebih berintegriti dibawah kerajaan PN berbanding yang sebelumnya. Inilah satu senario yang amat diimpikkan oleh rakyat Malaysia dan impian rakyat ini telah tercapai sewaktu kerajaan PN.

Mungkin juga Datuk Seri Anwar amat sibuk berpolitik hingga melupakan bahawa rakyat telah cuak dan bosan melihat karenah beliau yang ke hulu hilir sibuk mencari surat sokongan dari para Yang Berhormat untuk memberi sokongan kepada beliau supaya boleh menjadi Perdana Menteri.
Lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menipu rakyat tetapi lakonan beliau juga telah pergi ke satu tahap yang sangat ekstrem sehingga sanggup menghadap Yang di Pertuan Agong untuk membentangkan dokumentasi yang kononnya merupakan sokongan untuk beliau menjadi Perdana Menteri dimana akhirnya tidak ada sebarang dokumentasi pun berjaya dihadapkan di hadapan Yang di Pertuan Agong.

Keadaan yang serupa juga turut dipamerkan oleh Datuk Seri Shafie Afdal mantan Ketua Menteri Sabah yang pernah membentuk kerajaan selama 26 bulan hasil dari penghijraan wakil – wakil rakyat dari UPKO dan BN sama ada mereka ini dibeli atau tidak amatlah tidak penting.

Apa yang penting ialah sepanjang pemerintahan Warisan isu keselamatan dan kebajikkan masyarakat amat lah terabai. Pada masa yang sama Sabah juga telah merekodkan kejatuhan ekonomi yang sangat mendadak sewaktu pemerintahan Shafie Afdal dan Warisan.

Banyak sekali keluhan rakyat Sabah diabaikan oleh kerajaan Warisan dan Shafie Afdal sewaktu pemerintahan mereka, bermula dari isu pam bot, pemberian penempatan untuk PATI hinggalah kebakaran bersiri amat tidak diambil perhatian.

Sentimen Sabah ubah yang dilakonkan oleh Shafie Afdal dan Warisan tidak berjaya direalisasikan sepanjang 26 bulan tidak ada sebarang perubahan yang positif berlaku, corak kepimpinan dan sistem pentadbiran masih juga mempraktikan sifat kronisma, malah sentimen anti Malaya juga kuat dimainkan oleh Shafie Afdal walhal kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerjaan negeri adalah satu kemestian untuk merealisasikan hak Sabah.

Segala impian rakyat sepanjang 26 bulan pentadbiran Warisan telah gagal menemui solusi yang positif kerana gentarnya Shafie pada Tun Mahathir sewaktu itu dan impian rakyat rakyat ini telah berjaya dipenuhi oleh kerajaan GRS walaupun baru 12 bulan memerintah.

Bermula dari isu jalan raya yang amat diperlukkan oleh rakyat sabah hinggalah tuntutan royalty jualan minyak telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan GRS dalam masa yang sangat singkat.

Oleh itu Shafie dan Anwar harus lah berhenti dengan lakonan sandiwara semasa dan tuduhan bahawa wakil – wakil rakyat parti mereka meninggalkan mereka adalah kerana dibeli. Mereka meninggalkan parti kerana rakyat menginginkan mereka berhijrah kepada parti yang lebih mendengar keluhan rakyat dan rasanya tidak hairanlah kalau akan ada ramai lagi yang meninggalkan mereka kerana sepanjang tempoh Anwar dan Shafie berada dalam kerajaan PH dan Warisan hinggalah menjadi pembangkang semula kedua ini hanya mempamerkan kegagalan demi kegagalan.