Starsabah Dan Rakyat Berpisah Tiada

Program Derma Darah anjuran Star Kudat dan Hospital Kudat

Starsabah dan rakyat berpisah tiada

Taman Friendly 27hb Februari 2021 : Parti Solidariti Tanah Airku Starsabah melihat keperluan rakyat dari pelbagai sudut.

Di inisiatifkan oleh Tuan Shawn Davey, Naib Ketua Bahagian Starsabah N.04 Tanjung Kapor merangkap Timbalan Penyelaras Parlimen Kudat, program menderma darah ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula 26hb Februari hingga 1hb March 2021.

Program Derma Darah ini dirasmikan oleh Tuan Jalumin Bayogoh, Timbalan Presiden Parti StarSabah. Turut hadir ialah Tuan Pransol Tiying, Penyelaras Parlimen Kudat serta barisan Ahli Jawatankuasa Starsabah N.04 Tanjung Kapor dan P.167 Kudat.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Jalumin Bayogoh mengharapkan agar lebih banyak pemimpin – pemimpin StarSabah yang akan mengambil pendekatan mesra rakyat di kawasan masing – masing demi membantu rakyat.

Program yang dianjurkan bersama oleh Starsabah dan Hospital Kudat, seluruh masyarakat Kudat dialu alukan untuk datang menyokong program ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

Program ini dijalankan sebagai menyahut keluhan pihak KKM mengenai kekurangan bekalan darah yang semakin membimbangkan semasa Pandemik Covid-19 ini.

Menurut Tuan Shawn Davey, program ini akan diteruskan ke bahagian-bahagian lain dalam Parlimen Kudat.

Kita mengharapkan program ini dapat membantu individu – individu yang sangat memerlukan.