ADUN N73 Sebatik keluar parti Warisan, hilang kepercayaan

Kota Kinabalu, 25 Februari 2021 – Ahli Dewan Undangan Negeri N73 Sebatik, Hassan Gani Amir telah mengumumkan pengeluaran beliau dari parti Warisan.

Perkara ini telah dilapor oleh BERNAMA sebentar tadi dan beberapa portal berita nasional.

Beliau menang kerusi Sebatik pada PRN Sabah baru-baru ini dengan majoriti 522 undi.

Tiada pengumuman samada beliau akan menyertai mana-mana parti tetapi beliau menyatakan yang beliau akan menyokong kerajaan GRS.

Kita tunggu berita selanjutnya.