Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul

Food Bank StarSabah Bongawan

Bongawan : StarSabah di Dun N.23 Bongawan menterjemahkan solidariti di kalangan masyarakat apabila bertindak kreatif dalam menghadapi kesukaran akibat Pandemik Covid-19 dan juga bencana alam yang terjadi bersilih ganti.

Barisan Ahli Jawatankuasa Star Bongawan yang diketuai oleh Tuan Jimmy Kojuna dan dibantu oleh Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Dolores Michael telah mengambil inisiatif mendirikan sebuah “Food Bank” di Kampung Kalatuan, Papar.

Walaupun beroperasi dalam skala kecil dan hanya ditumpangkan disebuah cafe, namun usaha ini mampu meringankan bebanan kepada golongan yang memerlukan.

Food Bank yang mereka sediakan ini berkonsepkan “Beri Sekadar yang Mampu dan Ambil Sekadar yang Perlu” adalah cermin kepada ikatan kemasyarakatan yang erat di bahagian tersebut.

Sumbangan dari orang ramai diperlukan dan di alu-alukan untuk mengisi Food Bank ini dan sesiapa yang memerlukan barang keperluan dapur di kalangan masyarakat Bongawan boleh lah datang ke Cafe Transit untuk mengambil barang keperluan dapur secara percuma.

Untuk keterangan lanjut, masyarakat di sekitar Bongawan boleh menghubungi talian di bawah :

  1. Dolores Michael
    Hp No : 01136926571
  2. Mus
    Hp No : 016 804 1028

Semoga usaha seperti ini akan dapat membantu sesama ahli Star dan juga masyarakat Dun Bongawan amnya.