KENYATAAN AKHBAR PENYELARAS BELIA PARTI SOLIDARITI TANAHAIRKU (STARSABAH) SEPANGGAR RAPI MUKIS

KOTA KINABALU, 23 Februari 2021 : Kenyataan Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman yang kononnya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah “memberikan” tambahan bidang tanah kepada agensi persekutuan telah memakan dirinya sendiri.

Menurut Wiramuda Parti Solidariti Tanahairku (StarSabah) Sepanggar, masalah yang lebih serius berkenaan isu penggunaan tanah di parlimen Sepanggar ialah isu setinggan haram.

 “Kenapa pula Azis tidak bersuara tentang isu ni? Jangan bilang mau cuba mengatasinya,” kata ketuanya Rapi Mukis dalam satu kenyataan.

Dia merujuk kepada kenyataan Azis dua hari lepas yang menuduh kerajaan negeri seolah-olah telah memberikan lebih bidang tanah kepada agensi-agensi persekutuan sedangkan sebelum ini sudah banyak tanah diberikan kepada mereka.

“Dia sepatutnya tahu bahwa tanah-tanah yang dimaksudkan telah diambil pada tahun 2016 lagi. Kawasan-kawasan seperti Inanam, Menggatal and Telipok amat memerlukan kelinik dan sekolah yang lebih baik. Semua ini adalah untuk rakyat di Sepanggar.

“Tapi pernahkah dia suarakan tentang keperluan-keperluan ini? Ternyata kenyataannya hanya untuk kepentingan politik dia sendiri,” kata Rapi.

Dia menegaskan bahwa kelinik dan sekolah memerlukan juga kawasan yang lebih luas untuk membina tempat letak kereta selaras dengan peningkatan jumlah penduduk dari masa ke semasa.

“Selain itu, apa yang penting juga ialah masalah setinggan haram di Sepanggar yang perlu diatasi. Dia merupakan ahli parlimen di kawasan ini. Orang ramai sering mempersoalkan mengapa jumlah setinggan disini tidak nampak berkurangan. Sebaliknya mereka tumbuh bagaikan cendawan. Lihat saja kawasan di belakang 1Borneo dan Kg Noumbak.

“Apa yang Azis telah buat berkenaan isu ini? Ini yang kita ingin tahu sebab ia melibatkan penggunaan tanah yang langsung tidak member manafaat kepada rakyat,” kata Rapi.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Bernard Liew Chau Min telah menerangkan bahwa geran-geran tanah yang diberikan pada Feb 18 tersebut adalah untuk tujuan persekutuan dan telah diambil secara proses pemgambilan tanah dan diluluskan pada tahun 2016 lagi.

Premium tanah-tanah tersebut juga telah dijelaskan sepenuhnya, katanya.

Katanya lagi kebanyakan tanah-tanah tersebut telah pun digunakan untuk pembinaan sekolah, hospital dan kemudahan-kemudahan umum yang lain.

Dia menambah bahwa geran-geran tanah yang diberikan kepada agensi-agensi persekutuan dikhaskan untuk pembinaan sekolah, hospital, balai polis atau pejabat pos.