Bantuan susulan untuk sebuah keluarga di Tg Aru

Laporan oleh Tn Sam Lai dan disunting oleh StarMedia

Kota Kinabalu, 22 Februari 2012. Isnin – Rombongan Ketua Wiramuda N22 Star Tg Aru hari ini menghantar bantuan susulan kepada keluarga Pn Diana.

Ini adalah bantuan tambahan susulan bantuan makanan yang telah disumbang pada 17 Februari 2021. Dalam lawatan pada hari itu, rombongan mendapati Pn Diana dan keluarga perlu bantuan tambahan dalam bentuk barangan rumah seperti kipas, dapur memasak, rak simpanan dan alat gantung baju.

Rombongan termasuk Ketua Wiramuda N22 STARSabah Tanjung Aru Tn Aron Imbayan, Naib Ketua Bahagian I Tn Ferdinand Quimson, Naib Ketua Bahagian II Tn Sam Lai dan AJK Wiramuda negeri Tn Jod’don James, Shane, James Jr, Ronny dan Supandi (StarSabah Parlimen Putatan Media).

Dana berjaya dikumpulkan melalui sumbangan peribadi daripada ahli-ahli dalam bahagian STARSabah Tanjung Aru. Ribuan terima kasih kepada yang telah memberikan sumbangan dan sokongan.