Usaha Penyerahan Sumbangan Kepada Warga emas dan Golongan Kurang Upaya di Kawasan Sugut

  • 20/02/2021
  • Berita
Sumbangan PPemuda PN Sabah diserahkan oleh Ketua Wiramuda Dun Sugut, Zakry Benjamin

Sugut, 18/02/2021 : Kerajaan PN terus komited memberikan khidmat kepada rakyat.

Pemuda PN diwakili Parti Star menyantuni warga emas dan golongan kurang upaya di kawasan Sugut, antaranya di Kampung Mononood, Tawangan, Ratuh, Batangon Darat, Musinggapu Tengkarason, Binanjar dan Kampung Sulit.

Ketua Wiramuda StarSabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional II, Tuan Rizal Johari telah diwakili oleh Jakry Benjamin Ketua Wiramuda Star N. 48 Sugut untuk menyerahkan sumbangan-sumbangan ini.

Bebrapa AJK Wiramuda Dun Sugut menyerahkan sumbangan dari Pemuda PN Sabah

Sebanyak 82 bakul makanan telah diserahkan kepada 82 penerima yang telah dikenal pasti di kalangan wargaemas dan golongan kurang upaya (OKU).

Turut bersama dalam usaha penyerahan sumbangan ini ialah Nuin Bin Kunu, Naib Ketua, Azil Suanto dan David Ampod, masing – masing adalah AJK Wiramuda Dun Sugut.

Antara wargaemas yang menerima sumbangan

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka. Kita juga berharap akan dapat membantu lebih ramai warga lagi pada masa akan datang.