Pemuda PN menyantuni warga Tj Aru yang terpinggir

Putatan, 18 Februari 2021. Khamis – Rabu semalam Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang diwakili oleh Ketua Wiramuda STAR Tg Aru, Tn Aron Imbayan bersama rombongan pemuda sebagai wakil daripada Timbalan Ketua Pemuda II PN Tn Rizal Johari yang sedang menjalankan pemantauan kendiri Covid19 dirumah telah meluangkan masa untuk menziarahi beberapa keluarga di Tanjung Aru.

Difahamkan yang mereka ini golongan terpinggir atau tercicir daripada perhatian pihak yang berkenaan. Wiramuda STAR Tg Aru menerima maklum balas dari risikan mereka dan kerana prihatin dengan kesejahteraan penduduk kawasan itu, Timbalan Ketua Pemuda II PN Tn Rizal Johari sepantasnya menggerakkan jentera Pemuda PN untuk meninjau keadaan disitu sambil menghulur sedikit bantuan makanan untuk meringankan beban mereka.

Pesanan juga diberikan kepada setiap keluarga untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan agar kita dapat membendung pandemik yang sedang melanda Negara dan dunia ada masa ini.

Kerjasama erat antara komponen-komponen parti dalam PN membolehkan kerajaan menjalankan mandat yang antara yang lainnya untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Semoga tahun baru ini membawa harapan baru untuk semua.