Berfikiran positif, abaikan fikiran negatif yang hanya menghalang kejayaan kita – YB Flovia

Keningau, 18 Februari 2021. Khamis : Pagi tadi YB Flovia Ng dalam kapasiti beliau sebagai Pembantu Menteri II Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) telah menyempurnakan Program Motivasi Pecutan Akhir SPM dan STPM 2020 SMK Sook di Keningau.

YB Flovia yang juga ADUN N44 Tulid telah dijemput oleh pihak sekolah bagi memberi kata semangat kepada calon-calon peperiksaan SPM dan STPM 2020 sekolah tersebut.

Seperti mana nama program tersebut, tujuan program itu adalah memberi suntikan semangat dan bekalan minda untuk calon-calon yang akan merentasi salah satu ambang titik permulaan kehidupan yang signifikan kepada mereka.

Mereka bakal menjadi pemimpin dan penggerak masyarakat kita. Maka YB Flovia meluangkan masa untuk bersama mereka pada hari ini.

“Adalah menjadi harapan saya agar Program Motivasi Pelajar SPM dan
STPM 2020 SMK. Sook, Keningau ini dapat dijadikan sebagai medan
kekuatan kepada pelajar sebelum berhadapan dengan peperiksaan SPM
dan STPM.” Ujar beliau.

YB Flovia sempat memberi tips-tips dalam menghadapi peperiksaan dan juga memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar mengenai kepentingan pendidikan sebagai salah satu tangga kejayaan.

“Pendidikan bukanlah faktor tunggal yang akan menjamin kejayaan kamu dalam kerjaya pilihan kamu di masa depan. Ketekunan, etika kerja, integriti…. tapi pendidikan itu salah satu faktor utama yang boleh melancarkan perjalanan kerjaya kamu.” tambah beliau.

Pengetua SMK Sook, En Peter Paun menyambut YB Flovia dan rombongan beliau yang termasuk Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid En Casmir Silip dan Penyelia Masyarakat Tulid En Narisin Petrus.

Turut hadir ialah ialah YDP PIBG En Abdul Kunin Saili dan tenaga pengajar En Ramin Kundamor(PK1), En Sahibin Bin Warimin (PK HEM), En Sergius Tiun (PK KOKUM), En Ardin Lakunsim (PK TING 6) dan semua guru-guru SPM & STPM

YB sempat bergambar degan dua orang pelajar Tingkatan 6 rendah iaitu
Adik Dezieviora Jaya dan adik Flerien Delnih bagi memberikan semangat untuk terus berjuang.
Adik Halim Bin Charles@Charls (6 atas Sejarah) telah melaungkan ikrar pelajar.