Program penyerahan bantuan sekolah sumbangan KPMKR oleh Pembantu Menteri II YB Flovia Ng

Keningau, 15 Februari 2021. – Pagi tadi Pembantu Menteri II Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Puan Flovia Ng telah menyampaikan bantuan untuk golongan sasaran di beberapa sekolah di daerah Keningau.

Majlis penyampaian simbolik telah berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau selaras dengan SOP semasa pandemik.

Empat buah sekolah yang menjadi sasaran bantuan tambahan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ialah SK Simbuan Tulid, SK Sinua, SK Nandagan dan SK Gaulan.

Hadir menerima penyerahan simbolik tersebut ialah Guru Besar dari setiap sekolah tersasar iaitu En. Marcellus Kandu, En. Joseph @Herman Alin, Pn Safiah Abdul Mutalib dan En. Lazarus Lajiun.

Dalam ucapan ringkas YB Pn Flovia Ng, beliau berharap sumbangan dari Kementerian ini dapat meringankan beban belanja untuk permulaan persekolahan bagi ibu bapa dan penjaga murid-murid yang menjadi sasaran bantuan.