Pengagihan Bantuan Bencana untuk Warga Moyog oleh Pemuda PN

Moyog, 13 Februari 2021 – Pagi tadi pada hari kedua Tahun Baru Cina 2021, Pemuda Perikatan Nasional di wakili oleh oleh Cik Felsie Joy yang juga Ketua Wiramaja Negeri Star membawa sedikit bantuan untuk beberapa warga Moyog.

Pemuda PN yang menyantuni warga Moyog sempat memberi kata semangat dan pesanan kepada mereka untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya pandemik ini berjaya dibendung pada masa terdekat. Kerjasama semua perlu untuk memerangi gejala ini.

Pemuda PN mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia, khususnya Sabah. Xin Nian Kuai Le, Wan Shi Ru Yi. Gong Xi Fa Cai.

Turut menyampaikan salam Tahu Baru Cina ialah Timbalan Ketua Pemuda PN II Tn Rizal Johari yang sedang menjalankan “Home Quarantine”, maka tidak dapat turun padang.

Semoga tahun baru ini membawa harapan baru untuk semua. 

#StarPrihatin #PNPrihatin #GRSUtamakanRakyat