Kami Pilih STAR – Bonepes Been

  • 12/02/2021
  • Misc
Yb Datuk Ellron Angin, Timbalan Presiden StarSabah menerima Borang Keahlian Tuan Bonepes Been

Sook, 12/2/2021: Parti Solidariti Tanah Airku menerima keahlian baru dari Sook.

Tuan Bonepes Been mengambil keputusan menyertai Parti StarSabah pimpinan YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan yang dilihat sebagai parti yang konsisten dalam perjuangan memartabatkan hak-hak rakyat Sabah.

Borang keahlian beliau bersama 500 rakan-rakan yang lain diterima oleh YB Datuk Ellron Angin, Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku yang juga merupakan Wakil Rakyat Dun Sook.

Yb Datuk Ellron mengalu-alukan penyertaan Tuan Bonepes bersama rakan-rakan dalam Parti StarSabah dan berharap akan dapat bekerjasama dengan lebih mantap lagi pada masa akan datang.

Tuan Bonepes Been adalah mantan calon Parti PBRS/BN pada Pilihanraya Negeri yang lalu yang bertading di N45 Sook namun tewas kepada Calon Star/PN, Yb Datuk Ellron Angin.