Bantuan dari Dewan Perniagaan Tiong Hua Tambunan

Dato’ Oi Thiam Beng bersama YB DSP Dr Jeffrey G Kitingan

Kota Kinabalu, 9hb Februari 2021 : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ahli Parlimen P.180 Keningau dan Wakil Rakyat Dun Tambunan menerima kunjungan daripada Dewan Perniagaan Tiong Hua Tambunan ( Tambunan Chinese Chambers of Commerce)

Kunjungan ini bertujuan menyerahkan Bantuan Bakul Makanan untuk 300 penduduk yang sangat terkesan di sekitar daerah Tambunan.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Tiong Hua Tambunan, Dato’ Oi Thiam Beng, setiap bakul makanan berisi 13 barang-barang keperluan dapur yang dianggarkan bernilai Rm100.

Setiap Bakul Makanan berisi 13 jenis barang-barang keperluan dapur dianggarkan bernilai Rm100 setiap satu bakul.

Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 100 bakul makanan yang juga dianggarkan bernilai Rm100 setiap satu telah dikhaskan untuk Rumah Anak Yatim Tambunan dan
Rumah Anak Yatim Bondulu di Tambunan.

Bantuan Bakul Makanan juga disumbangkan kepada anak-anak Yatim di sekitar Tambunan

Semoga bantuan daripada Dewan Perniagaan Tiong Hua Tambunan yang prihatin ini dapat meringankan sedikit bebanan kepada penduduk-penduduk sekitar Tambunan.

Kerjasama yang diberikan dari kalangan masyarakat Tiong Hua ini menunjukkan bahawa YB DSP Dr Jeffrey G Kitingan sebagai pemimpin tertinggi Parti StarSabah mendapat kepercayaan daripada berbilang kaum di Sabah.