SERAPKAN SEJARAH PEMBENTUKKAN MALAYSIA DALAM SILIBUS PENDIDIKAN SEKOLAH

Kerajaan Perikatan Nasional hari ini mendapat pujian yang amat baik oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah.

Kerjasama yang erat antara kerajaan GRS di Sabah dengan kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan membuahkan hasil yang sangat baik. Perdana Menteri sebelum ini meletakkan Hak Sabah dan Sarawak itu berada di senarai ‘KIV’ tetapi PM sekarang jelas memahami apa kehendak rakyat Sabah yang sebenar. Sebagai menyambut seruan rakyat Sabah dan beberapa gesaan pemimpin Sabah maka beliau setuju untuk membentuk jawatankuasa MA63 bagi membincangkan isu – isu dan tuntutan hak Sabah yang terkandung dalam MA63.

Inisiatif demi inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan PN untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin dan kita di Sabah pastinya tidak sabar untuk menikmati hak-hak yang bakal dikembalikan.

Perjuangan menuntut hak Sabah dalam MA63 telah menjadi wadah perjuangan hampir keseluruhan parti politik yang berpusat di Sabah, namun hanya STARSabah sahaja yang konsisten dan berpontensi untuk melaksanakan tuntutan hak Sabah ini ke peringkat yang lebih baik.

Ianya bukan kerana Presiden parti STARSabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan pernah ditahan ISA kerana menuntut hak ini dan ianya bukan juga kerana perjuangan yang konsisten dalam menuntut hak Sabah ini sejak mulai berkecimpung di dunia politik, tapi ianya kerana karisma dalam memperjuangkan wadah ini lebih menyerlah dan signifikan di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan.

Oleh itu demi memastikan wadah perjuangan ini terus berkumandang ke generasi muda dan kepada generasi yang akan datang mekanisma baru untuk memastikan MA63 lebih mudah difahami oleh masyarakat umum, pendekatan yang baru harus diambil perhatian.

Kita juga pernah menuntut untuk ‘SABAH DAY’ di gazet dalam kalender sebagai hari kemerdekaan Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 seperti dalam ucapan Ybhg tuan Ir. Jovilis sewaktu sambutan ‘SABAH DAY’ pada 31 ogos 2020 dan telah mendapat sambutan yang baik oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“Ini kalilah”. Sudah tiba masanya perjuangan ini diangkat lebih maju setapak kedepan dengan menyerapkan sejarah penubuhan Malaysia dan MA63 dalam silibus pendidikan sekolah seperti yang pernah di pelajari satu Ketika dahulu pada tahun 80an.

Pengetahuan merupakan kekuatan dan ini akan menjadi salah satu sebab pencetus jatidiri dan modal insan untuk generasi yang akan datang.

Sejarah amatlah penting bagi memupuk generasi baru yang lebih berintegriti dan kami amat yakin bahawa dengan penyerapan ini, isu–isu mengenai hak Sabah dan sejarah MA63 akan membawa Malaysia dan Sabah secara khususnya ke lembar baru yang lebih progresif.

Perjuangan yang terbentang pada hari ini sebenarnya hanya mukadimah dan kita harus lebih bersedia mengisi setiap ruang sebagai pejuang yang memperjuangkan hak kita dibumi Sabah ini. Walaupun masih banyak yang perlu kita kecapi tetapi sekuarang-kurangnya kita sudah melangkah.

Muariffidin Abdul Malek Chua
Naib Ketua Bahagian
DUN Bongawan