Sky Bridge di pusat bandaraya bakal berfungsi

Jejantas Pejalan kaki, Sky Bridge Kota Kinabalu

Kota Kinabalu : Jejantas Pejalan Kaki yang terbengkalai sejak 2018 bakal berfungsi dan boleh digunakan oleh orang ramai.

Peruntukkan sebanyak RM4.7 juta telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk menyiapkan “Sky Bridge” yang telah lama tertangguh. Peruntukan ini telah djumumkan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Sabah DSP Haji Hajiji.

Jejantas ini sememangnya sangat diperlukan oleh warga kota memandangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Adalah diharapkan, dengan siapnya projek jejantas pejalan kaki ini dapat memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu.

Melalui peruntukkan ini, dapat dilihat ketelusan dan keprihatinan kerajaan Sabah untuk memberikan khidmat kepada rakyat. Walaupun Parlimen KK “dijaga” oleh MP DAP dan ADUN Api Api diwakili oleh PKR, namun pembangunan dan kebaikan untuk rakyat tetap dilaksanakan.

Sabah Maju Jaya