KEJAYAAN STAR SABAH UNTUK RAKYAT SABAH

  • 03/02/2021
  • Misc
Tuan IR Jovilis Majami

PERMULAAN KEJAYAAN STAR SABAH UNTUK RAKYAT SABAH

  1. Ketika ini cytro-cytro parti pembangkang banyak membuat kenyataan atau membuat posting di media-media sosial bahawa Parti STAR Sabah kehilangan taring dan seoalah-olah tidak lagi bersuara bagi pihak Orang Asal Sabah (OAS) selepas berada dalam blok kerajaan.
  2. Antara dakwaan yang dibangkitkan oleh mereka ialah isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang hangat diutarakan oleh STAR Sabah ketika berada dalam pembangkang masih lagi tidak dapat diselesaikan dan juga Hak-Hak Sabah yang menjadi asas perjuangan parti ini seolah-olah tiada perkembangannya.
  3. Namun, bagi saya permulaan kejayaan STAR Sabah bersama dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah menafikan kerakusan kerajaan lama untuk memberikan kelebihan kepada warga PTI yang akhirnya mendorong kedatangan lebih ramai warga PTI ke Sabah.
  4. Contoh pertama ialah ketika kerajaan sebelum GRS berkuasa mereka tanpa segan silu mencadangkan Kampung darau dan Kampung Boronuon, Sepanggar sebagai penempatan untuk mengsa-mangsa kebakaran di Kampung Cendrakasih 2 termasuk PTI seperti yang dilaporkan oleh Sabahkini.com pada 03 Ogos 2020.
    https://sabahkini2.com/en/news/2968/dulu-tanah-kg-darau-hampir-digadai-oleh-warisan-kini-darell-calon-dun-darau-azis-dun-inanam/view
  5. Kedua ialah kerajaan terdahulu telah mencadangkan untuk menyediakan pulau-pulau bagi penempatan kepada pelarian dari Selatan Filipina seperti yang disiarkan oleh beberapa portal berita online umpamanya Utusan Borneo Online bertarikh 17 April 2019.
    https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/17/kerajaan-sabah-rancang-wujudkan-satu-penempatan-larian-di-sebuah-pulau-shafie
  6. Ketika kerajaan yang lepas juga, Rakyat Sabah dikejutkan dengan penganjuran program pendokumentasian, projek IC, pengesahan pesuruhjaya sumpah warga asing yang dilaksanakan oleh AJK parti yang menerajui kerajaan negeri ketika itu. Walaupun begitu banyak laporan polis dibuat namun Rakyat Sabah tidak mengetahui perkembangannya dan seolah-olah kes ini hilang begitu sahaja.

[https://sabahkini2.com/en/news/1908/7-bukti-kerajaan-warisan-utamakan-pti-mengapa-darell-leiking-nafi-dan-tidak-ambil-tindakan/view]

Sebenarnya ada banyak lagi tindakan-tindakan kerajaan negeri pada ketika itu yang boleh mengancam kedudukan OAS di Sabah ini umpamanya kebakaran bersiri rumah-rumah setinggan dengan kedatangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengurus dokumen pengenalan para mangsa turut dipertikaikan. Yang menghairankan pula kita belum mendengar adanya kebakaran rumah-rumah setinggan ini selepas kerajaan bertukar tangan.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar OAS tidak terpengaruh dengan propaganda cytro-cytro parti pembangkang bahawa STAR Sabah tidak lagi berjuang untuk menyelesaikan masalah PTI di Sabah sebaik sahaja menjadi kerajaan kerana dengan jatuhnya kerajaan sebelum ini maka secara tidak langsung dasar-dasar mesra PTI yang mereka amalkan juga turut terkubur.

Sabaliknya, sekiranya mereka masih lagi memerintah sehingga kini sudah tentu cadangan-cadangan berbentuk mesra PTI seperti yang saya sebutkan di atas dapat dilaksanakan. Lanjutan daripada itu, PTI-PTI di Sabah kian bertambah bilangannya.

Saya percaya bahawa STAR Sabah berusaha keras untuk membebaskan Sabah ini daripada belenggu PTI. Saya percaya juga, kepimpinan tertinggi parti menjurus kearah penyelesaian yang tuntas terhadap masalah ini.

Kita berharap juga agar pandemik COVID-19 ini cepat berlalu maka kita lebih bebas untuk melaksanakan segala dasar dan manifesto tanpa halangan dan batasan.

Salam Hormat dan Salam Sejahtera

Ir. Ts. Jovilis Majami
Timb. Ketua Bahagian N.7 Tandek
Setiausaha Penyelaras P.168 Kota Marudu