Komuniti dan frontliner berpisah tiada.

Tuan MMelvin Chang menyerahkan sumbangan kepada Mejar Nobi

Tambunan 16hb Januari 2021 : Selepas beberapa hari PKP negeri Sabah diaktifkan dan disusuli dengan pengistiharan Darurat oleh Yang Di Pertuan Agong, bahang dan kesan mula dirasai bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga oleh pasukan frontliner lebih- lebih lagi kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rentas daerah kini dilarang sepanjang tempoh PKP dan Sekatan Jalan Raya turut diperketat. Semua ini bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan Pandemik Covid 19.

Kegigihan dan komitmen para fronliner mendapat perhatian apabila Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Bandar daerah Tambunan Tn Melvin Chang Zhi Wei bersama beberapa ahli dalam jawatankuasa Biro nya telah bertindak menyalurkan bantuan berupa 20 kotak air mineral kepada pasukan SJR daerah Tambunan.

Bantuan diterima oleh Mejar Nobi selaku ketua penempatan pasukan SJR di Dewan Serbaguna Kampung Tombotuon Tambunan.

Inisiatif dan sokongan daripada komuniti kepada frontliner akan diteruskan sehinggalah kita mencapai kemenangan dan kembali kepada zon hijau.

Syabas dan Tahniah. Komuniti dan frontliner berpisah tiada.