JUNZ WONG TIDAK PERLU DIINGATKAN SEMULA AKAN KEGAGALAN WARISAN DAN SIFAT RETORIK MEREKA

Kota Kinabalu, 16 Januari 2021 : “Telatah Junz Wong amat mencuit hati, ini lah komen yang boleh saya simpulkan terhadap kenyataan Junz Wong.” kata Muariffidin Bin Abdul Malek Chua setelah ditanya mengenai komen daripada mantan menteri pertanian Junz Wong di laman facebook beliau.

Beliau mengatakan bahawa Junz Wong tidak mahu mempolitikkan pandemik covid-19, namun President Warisan jugalah yang membubarkan dewan undangan negeri walaupun ribuan rakyat tidak mahu dan tidak bersetuju untuk mengadakan PRN Sabah?

Kerakusan politik Warisanlah yang menyebabkan gelombang baru Covid-19 meningkat di Sabah dan adakah Junz Wong tidak tahu bahawa Presiden Warisan lah yang mengutuskan surat kepada yang dipertua Agong supaya darurat tidak diteruskan agar institusi politik boleh dijalankan seperti biasa?, adakah Junz Wong tidak sedar bahawa mereka lah yang mempolitikkan pandemik ini? Ujar beliau lagi.

Beliau juga berkata bahawa Junz Wong mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa tentang perbelanjaan kerajaan GRS dalam sektor ekonomi dan bagaimana kerajaan GRS dan PN di persekutuan berkerjasama dalam meningkatkan sosio ekonomi dan secara langsung meningkatkan kadar pendapatan negara walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tenat.

“Apa yang lucu sekali ialah Junz Wong pula menuduh kerajaan GRS sanggup menggadai nyawa rakyat Sabah kerana tidak sanggup berbelanja untuk bantuan Covid-19. Lupakah Junz Wong Presidennya sendiri yang berkata sanggup mati untuk kuasa dan menyebabkan gelombang baru ini terjadi dan Presiden Warisan jugalah yang berkata jangan mengharap bantuan kerajaan.

“Tidak perlulah samakan kan kerajaan GRS yang sentiasa membantu dengan Warisan yang hanya retorik semata mata.” tambah Muariffidin lagi.

“Sepanjang proses pkp dijalankan sewaktu kerajaan grs terbentuk bantuan-bantuan Covid terus dijalankan dan menumpukkan kepada ‘focus group’ yang terjejas dengan teruk tanpa gagal.” Ujar beliau lagi

Muariffidin juga ditanya mengenai isu mewujudkan Kementerian Kesihatan di Sabah dan juga masalah kebersihan yang menyebabkan pesakit-pesakit bergotong royong untuk membersihkan tandas.

Beliau menjawab bahawa ianya retorik Warisan sahaja, buat masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah mempamerkan kerjasama yang baik.

“Bukankah itu hanya membazir wang rakyat jikalau belum ada keperluan ketirisan ini tidak patut diadakkan dalam keadaan ekonomi tenat.”

“Tidak perlulah mempolitikkan pesakit-pesakit yang sedang bergotong royong. Mungkin mereka hanya ingin merenggangkan otot mereka kerana terlalu lama dalam wad dan mereka pula tidak boleh keluar kesana sini jadi apa salahnya.” Ujar beliau dengan menamatkan temuramah dengan senyuman.