DSP Dr Jeffrey telah pulih dan dibenarkan pulang.

YB DSP Dr Jeffrey meninggalkan hospital bersama isteri

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan telah pulih dari jangkitan Virus Corona dan telah meninggalkan hospital hari ini.

DSP Dr Jeffrey disahkan positif Covid-19 pada 3hb Januari yang lalu.
Beliau seterusnya
menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth sejak 4hb Januari.

Bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan. Mereka kelihatan meninggalkan hospital sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Dr Jeffrey mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat mereka terutamanya Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi, Pengarah QEH Dr William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit Dr Lee Heng Gee dan kakitangan Dr Rachel. Tidak lupa juga semua kakitangan hospital yang telah merawat selama 2 minggu berada di hospital.

Timbalan Ketua Menteri itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan, keluarga dan para penyokong atas sokongan dan doa-doa mereka.

YB Dr Jeffrey juga menekankan penghargaan dan terima kasih kepada pekerja – pekerja barisan hadapan yang telah bekerja dengan penuh dedikasi tanpa mengenal penat dan lelah.
Mereka juga telah mengorbankan masa dan tenaga dalam menangani COVID-19.

“Kita beruntung kerana ada mereka dan kita sangat berterima kasih kepada mereka” katanya.