Memorandum Persefahaman Kerjasama Politik GRS ditandatangani.

Kota Kinabalu, 9hb Januari 2021 : Memorandum Persefahaman Kerjasama Politik Gabungan Rakyat Sabah GRS ditandatangani.

Sembilan (9) buah parti di Sabah iaitu PPBM, UMNO, PBS, STAR, PBRS, SAPP, PAS, MCA dan MIC telah bersetuju untuk membentuk satu kerjasama politik ke arah kestabilan politik semasa.

Majlis yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah berlangsung di Kota Kinabalu hari ini dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap parti.

Semoga tindakan ini, dapat memberikan kestabilan politik dan kebaikan kepada rakyat Sabah yang sedang dilanda musibah pandemic Covid-19.