Ulangtahun 1 (satu) tahun StarSabah Kuala Lumpur (SSKL)

Suntingan kecil oleh Justin Sunam-Wong, StarMedia

MUTAKHIR DARI STARSABAH KUALA LUMPUR (SSKL)  – Pada 10 December 2020 yang lalu, STARSABAH cawangan KUALA LUMPUR atau SSKL telah mengadakan Hari Bersama Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G. Kitingan (DSPDJK) sempena ulang tahun cawangan tersebut. Acara ini adalah yang julung kalinya diadakan dan adalah pertemuan rasmi diantara Ahli Jawatankuasa SSKL dengan DSPDJK sejak penubuhan cawangan itu bertempat di Kuala Lumpur, dimana hampir kesemua AJK-AJK SSKL menghadirkan diri.

Melalui acara itu, Pengerusi SSKL yang baru iaitu Puan Merrie telah menyerahkan carta Organisasi Jawatankuasa yang terbaru untuk pengesahan DSPDJK dengan disaksikan oleh Penolong Setiausaha Agung STARSABAH, yang berbahagia Tuan Ardino Diris dan kesemua AJK-AJK tertinggi SSKL.

SSKL telah melalui rombakan organisasi selepas pengerusi terdahulu Tuan Shafirul A.S telah mengundurkan diri untuk memberi tumpuan kepada bahagian beliau di Petagas, Kota Kinabalu, melalaui pesanan ringkas di SSKL WhatsApp Group pada 9/11/2020.

Justeru itu, AJK-AJK SSKL telah sebulat suara melantik Puan Merrie sebagai pengganti dan pengerusi yang baru merangkap Ketua Bahagian untuk Kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan-kawasan sekitar.  Antara penambahbaikan dalam rombakan itu ialah dengan memasukan Biro Sukan, Biro Media Kreatif, Biro Pembangunan SosioEkonomi SSKL, Biro Pengurusan dan Pentadbiran, Biro Keselamatan dan Biro Kebajikan.

Menurut beliau, kesemua AJK yang terlibat dalam pendaftaran ahli telah dilantik sebagai Ketua-ketua Kawasan untuk memantapkan lagi silaturahim diantara bahagian pentadbiran STAR Semenanjung dan ahlinya.

Semasa Hari Bersama DSPDJK, beliau  telah memberi sedikit pencerahan tentang Pilihanraya Umum (yang tidak lama lagi), MA63, Hak-hak  Sabahan (apa yang perlu difahami dan perjuangkan) dan juga secara rasminya mengumumkan pelantikan Datuk Iskandar Malik sebagai Pengerusi  menyeluruh untuk STARSEMENANJUNG pada 9/12/2020.

Pengumuman ini telah disambut baik oleh AJK-AJK SSKL dan telah menyuntik semangat untuk memperkasakan lagi Parti STARSABAH disetiap pelusuk negeri di Semenanjung.

Pada ketika ini, keahlian STAR di Kuala Lumpur telahpun menghampiri angka 300 orang untuk Kawasan-kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan sekitar (belum termasuk Johor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaya) dan permintaan untuk menjadi ahli saban hari bertambah.

Pn Merrie

Ditanya mengenai surat perletakan jawatan oleh bekas pengerusi SSKL yang telah tular dimedia dan juga posting dari media -media tertentu, Puan Merrie membidas bahawa terdapat kekeliruan informasi didalam posting tersebut. Ulas beliau,

Pertama – Pengganti Pengerusi: Yang menggantikan posisi Tn. Shafirul ialah dia dan bukan Datuk Iskandar. Datuk Iskandar adalah Pengerusi baru untuk STAR Semenanjung dan bukan STARSABAH Kuala Lumpur.

Kedua – Siapa itu SSKL dan STAR Semenanjung: STAR Semenanjung adalah induk (HQ) kepada Parti STAR di Malaya, manakala STARSABAH Kuala Lumpur (SSKL) adalah badan penggerak aktiviti STAR dibawah naungan STAR Semenanjung yang bertanggungjawab dalam segala aktiviti penyelarasan di Semenanjung. Puan Merrie memberi pesan untuk menghubungi dia sendiri sekiranya masih tidak memahami hal itu, “adalah lebih baik untuk medapatkan penerangan dari SSKL itu sendiri dari mempunyai pemahaman sendiri.

Ketiga – Penubuhan SSKL dan STAR Semenanjung: SSKL telah ditubuhkan pada tahun 2019, manakala STAR Semenanjungadalah pada December 2020, AJK-AJK SSKL majoritinya adalah pengasas kepada SSKL dan bukan hanya menjurus kepada seorang sahaja.  Adalah tidak sesuai untuk ‘mengclaim’ bahawa SSKL adalah hasil usaha seorang individu sahaja.

Keempat – Pentadbiran STAR. Puan Merrie membidas segala persepsi negatif akan pentadbiran STAR di Semenanjung. Menurut beliau, mungkin ada hikmahnya bila berlakunya rombakan baru itu, kerana SSKL kini punyai nafas baru, misi baru, visi baru, pentadbiran yang lebih sistematik, ‘approachable’ dan ‘Team Spirit’ yang kuat, saling bekerjasama dan menghormati, ditambah lagi dengan Pengerusi STAR Semenanjung yang rendah hati, berkarisma dan berpandangan jauh, Puan Merrie percaya Parti STAR di Malaya boleh pergi jauh.

Menurut Puan Merrie lagi, SSKL bukan hanya berpolitik tetapi juga berusaha untuk mengumpul warga Sabahan yang berada di Semananjung untuk tujuan kemanusiaan dan peluang pekerjaan. “Kita datang dari tanahair yang sama, dan  kita umpama saudara bila diperantauan” ulas Puan Merrie.

Hari Bersama DSPDJK telah diakhiri dengan sambutan mengejut  ‘belated birthday’ Datuk Dr. Jeffery, kejutan ini adalah inisiatif AJK- AJK SSKLuntuk menghargai perjuangan beliau selama ini. 

AJK-AJK SSKL juga berikrar akan berjuang sehabis mungkin dibelakang Dr. Jeffery Kitingan dalam memeperkasakan STARSABAH di SEMENANJUNG disamping menuntut hak-hak Sabah dan menjaga kebajikan ahli-ahli STAR di Semenanjung.

Puan Merrie mengakhiri temuramah dengan menyeru Sabahan di Semenanjung untuk bersama denga STAR SEMENANJUNG sebab banyak aktiviti-aktiviti dan hal-hal positif sedang diusahakan oleh cawangan itu demi untuk anak-anak Sabah diperantauan, Puan Merrie juga mengucapkan “selamat berjaya” kepada bekas pengerusi SSKL kerana telah memilih Parti Pejuang (Parti Tun Mahathir) sebagai platform parti politik yang terbaru, akhir sekali, Selamat Tahun Baru.