Dr Jeffrey dalam keadaan baik walau Positif Covid-19

  • 04/01/2021
  • Misc
YB DSP Dr Jeffrey G Kitingan

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan telah menjalani ujian swab COVID-19 pada hari Ahad yang lalu dan didapati positif Covid-19.

Beliau kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH). Dilaporkan bahawa beliau berada dalam keadaan baik dan stabil, menurut Setiausaha Politiknya, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan media hari ini.

Keadaan ini tidak menjejaskan rutin harian dan beliau masih dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan. Tugas-tugas beliau akan dijalankan melalui persidangan video, e-mel dan cara lain mengikut norma baru.

YB Dr Jeffrey mengatakan bahawa dia dalam keadaan yang baik dan meminta agar rakyat bertenang. Teruskan berdoa agar Sabah bebas dari Covid-19 dan kita boleh memulakan rutin kehidupan kita seperti sedia kala.