Senator Pertama Parti Solidariti Tanah Airku

Datuk Guandee Kohoi

Kuala Lumpur, 16hb Disember 2020 : Parti Solidariti Tanah Airku, melakar satu lagi sejarah hari ini apabila Setiausaha Agung Parti, Datuk Guandee Kohoi dilantik sebagai Senator.

Majlis Angkat Sumpah tersebut telah disempurnakan di Dewan Parlimen, Kuala Lumpur.

Datuk Guandee Kohoi adalah tulang belakang Parti Star yang telah dilancarkan pada tahun 2016 yang lalu sehinggalah ke hari ini.

Melihat kepada perkembangan Parti, perlantikan beliau adalah sesuatu yang sangat membanggakan.
Pada PRU ke – 13, Parti Star hanya mempunyai seorang wakil rakyat, kemudian pada PRU ke – 14, menambah seorang wakil rakyat lagi dan seterusnya pada PRN Sabah yang baru berlalu, StarSabah mempunyai 6 orang wakil rakyat dan kini menambah seorang Senator lagi.

Dengan perlantikan ini, maka keyakinan rakyat terhadap Parti Solidariti Tanah Airku semakin mantap.

Semoga Parti ini tetap berjuang untuk rakyat dan terus mendapat sokongan daripada rakyat Sabah.