Perjuangan beliau sentiasa dikenang – Rizal Johari

Kota Kinabalu, 15hb December 2020 : Rakan pejuang yang telah pergi, tidak pernah dilupakan.

Ketua Wiramuda Star, Tuan Rizal Johari menyerahkan sumbangan kepada keluarga mendiang Elrich Alford Ketua Wiramuda Star Moyog yang telah pergi buat selamanya beberapa masa yang lalu.

Sumbangan ikhlas ini disampaikan kepada wakil isteri mendiang iaitu Sdr. Daniel Loingan.

Turut hadir ialah Timbalan ketua Wiramuda Star, Sdr. Kong Soon Choi berserta Ketua Wiramaja Star, Cik Felsie Joy.

Acara penyerahan disempurnakan di Pejabat Perhubungan StarSabah bertempat di Sokid Villa, Luyang.

Takziah diucapkan kepada keluarga yang ditinggalkan.