TOMAHAN AZIS JAMMAN UNTUK MELENGAHKAN KEHADIRAN DR. JEFFREY KE PARLIMEN

Columnist : WSJ, Kawadan Klias 25 November 2020

Tomahan Datuk Mohd Azis Bin Jamman (AJ) ke atas kuarantin Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan (DSPDJK) hanyalah mainan politik beliau untuk melengahkan kehadiran DSPDJK di Parlimen, sekaligus cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya DSPDJK dikenakan tindakan oleh pihak dewan sehingga tidak dapat turun mengundi bajet pada 26 November 2020 ini.

AJ ini sebenarnya membuat kerja sia-sia dan memperbodohkan rakyat kerana beliau tahu dan sedar bahawa perbuatannya ini adalah kerja bodoh tetapi AJ terus juga memainkan isu ini sebagai salah satu taktik politik kotor untuk melambatkan proses demokrasi di Dewan Parlimen.

Siapakah AJ untuk mempertikaikan kebijaksanaan dan budi bicara pakar kesihatan yang jauh lebih arif dalam hal ini? Adakah AJ mahu merampas kerja Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Negara, Tan Sri Noor Hisham Bin Abdullah? Apa kelayakan beliau untuk mempertikaikan keputusan Jabatan Kesihatan negara yang diterajui oleh KPK kita yang diperakui sebagai antara yang terbaik di dunia?

Sebagai manusia, KPK kita juga tidak lari dari membuat kesilapan tetapi antara AJ dan KPK, siapakah yang harus kita percayaai untuk mengekang penularan penyakit COVID-19 ini? Seorang Politikus atau seorang Doktor kesihatan yang bertauliah?

Adalah tidak logik untuk mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mengamalkan ‘double standard’ dalam menangani pandemik ini kerana dari awal lagi misi utama KKM adalah untuk membendung gejalah ini daripada merebak. Jadi adalah tidak masuk akal sekiranya Pegawai Kesihatan memberi pelepasan awal kepada DSPDJK jika beliau masih lagi berisiko menjangkiti orang lain atau memanjangkan rantaian COVID-19. Ia cuma menyusahkan diri, Kementerian dan juga menimbulkan kritikan orang awam mengenai cara pengurusan pandemik mereka.

Pada hakikatnya, DSPDJK adalah seorang Ahli Parlimen. Di masa kritikal ini, urusan dan pentadbiran negara perlu diberikan keutamaan demi untuk kelangsungan pentadbiran negara. Sebagai Ahli Parlimen, beliau adalah sebahagian daripada ‘Essential Services’ yang perlu ada. Parlimen sedang bersidang dan Pegawai Kesihatan mengguna budi bicara beliau untuk menentukan agar semua Ahli Parlimen boleh bertugas dan tidak membahayakan Ahli Dewan Rakyat di sekelilingnya setelah di kuarantin beberapa hari dan disusuli dengan ‘Swab Test’.

Untuk makluman, kuarantin 14 hari adalah ‘threshold’ yang diterima oleh pakar sedunia bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 dihapuskan tetapi ada juga pakar kesihatan dunia seperti pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat yang kini berpendapat bahawa tempoh kuarantin boleh di pendekkan kepada 10 hari. Pendapat mereka ini juga selaras dengan pendapat pakar-pakar di beberapa negara Eropah. Baca disini.
https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-cdc/cdc-may-soon-shorten-covid-19-quarantine-period-idUSKBN28435F

COVID-19 adalah pandemik baru yang mana pakar-pakar dunia tiada mempunyai bahan rujukan terdahulu untuk dijadikan panduan. Kita hanya perlu ikut dan akur kepada kebijaksanaan pakar kita yang bertauliah dan bukan mengikut propaganda politikus.

Ingat, AJ ini adalah YB dari pihak yang berkeras untuk mempertaruhkan nyawa rakyat demi mempertahankan kedudukan politik mereka. Kata keramat mereka, “Saya sanggup mati.” Namun, di manakah mereka bila rakyat menanggung kerakusan mereka? Kenapa dahulu berani mati bila mempertahankan kedudukan politik mereka tetapi sekarang takut untuk duduk di Parlimen dengan seorang yang sudah di sahkan selamat dari COVID-19?

Lebih baik AJ tumpuhkan perhatian ke atas yuran peguam kerajaan Sabah mereka, iaitu Cyrus Das yang belum terbayar menurut peguam Chung Jiun Dau hari ini di Daily Express 25 November 2020 daripada bising tidak tentu arah di parlimen.