STAR PASTIKAN TIDAK ADA RAKYAT SABAH TERCICIR DALAM PELAKSANAAN BAJET 2021. ⁃ JALUMIN BAYOGOH – TIMBALAN PRESIDEN STARSABAH.

Tuan Jalumin Bayogoh, Timbalan Presiden StarSabah

Kota Kinabalu, 8hb November 2020 : Satu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Tuan Jalumin Bayogoh, Timbalan Presiden StarSabah yang juga merupakan Penyelaras Parlimen Kota Belud, telah dibentuk untuk memastikan pelaksanaan atau pengisian Bajet 2021 yang baru dibentangkan pada 6/11/2020, merangkumi semua Rakyat Sabah terutama dari segi Kebajikan, Bantuan Sara Hidup dan Pembangunan Luar Bandar.

Perkara ini telah diputuskan dialam Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Presiden StarSabah, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Dalam Mesyuarat tersebut, beberapa Jawatankuasa telah dibentuk untuk memastikan keterlibatan Sabah secara keseluruhan dalam Bajet 2021 kali ini.

Oleh yang demikian, Tuan Jalumin Bayogoh meminta semua Ketua Bahagian StarSabah di seluruh Sabah supaya bertindak proaktif mencari dan menyenaraikan nama golongan yang perlu dibantu yang berada dibawah DUN masing masing tanpa mengira Bangsa, agama dan fahaman politik.

Semua senarai yang diterima daripada bahagian-bahagian akan di selaraskan dan dikemaskini sebelum diserahkan kepada Jabatan dan Kementerian yang berkenaan.

Dengan itu kita berharap lebih ramai rakyat yang dapat dibantu. Matlamat kita adalah sifar keciciran.

Orang ramai boleh menghubungi Ketua Bahagian StarSabah yang berdekatan untuk maklumat lanjut.