Junz Wong sepatutnya bertanya kenapa yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin?

Muarifiddin Datuk Malek Chua

Junz Wong sepatutnya bertanya kenapa yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin?

Kota Kinabalu: Kenyataan Junz Wong mengenai adakah Sabahan ingin menjadi juara kampung atau juara antarabangsa? Sebenarnya jaih terpesong dan salah. Apabila Junz Wong membuat kenyataan tersebut ingin saya bertanya adakah Junz Wong pernah bertanya dan mengkaji apakah sebenarnya yang Sabahan perlukan?

Pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Junz Wong terhadap kerajaan GRS amatlah berat kerana kerajaan GRS tidak pernah sama sekali mempersoalkan syarikat AirAsia terlibat dengan rasuah yang menjadi persoalan kenapakah pinjaman RM300 juta tersebut boleh diberi kepada syarikat tersebut selepas Warisan tumbang.

kenyataan yang diberi oleh Junz Wong ini seolah olah mengakui bahawa aktiviti rasuah sememangnya berlaku. Apa yang Junz takut sebenarnya?

Memandangkan Junz Wong ingin menerangkan apakah faedah atau keuntungan hasil pinjaman RM300 juta itu kepada Sabah dengan perancangan untuk menaik taraf terminal 2 KKIA sebagai hub logistik antarabangsa ianya lebih menampakkan bahawa Junz Wong gagal mentadbir, gagal mengetahui peranannya sebagai menteri pertanian sewaktu itu dan juga gagal menjadi pemimpin untuk rakyat.

Saya amat berterima kasih kepada Junz Wong kerana mengakui bahawa pinjaman RM300 juta yang diberi adalah atas kehendak beliau, namun apa yang Junz Wong gagal untuk fahami ialah nilai RM300 juta itu mampu melahirkan lebih banyak pengusaha tempatan bertaraf jutawan antarabangsa. Benarkan saya untuk elaborasikan kepentingan RM300 juta tersebut:

  1. RM70 juta boleh diberi kepada pengusaha tempatan dan kepada mereka yang ingin menjadi pengusaha supaya mereka boleh membeli atau dibekalkan anak-anak benih yang berpontensi untuk di eksport seperti nenas, pisang, ketam, ikan tempurau, sarang burung dan bermacam lagi yang boleh memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.
  2. RM20 juta boleh digunakan untuk mencipta dan menaik tarafkan sistem jualan atas talian yang membolehkan para pengusaha tempatan untuk mempasarkan dan mengiklankan produk mereka.
  3. RM50 juta untuk menaik taraf teknologi pertanian seperti yang digunakan ditaiwan, korea, vietnam dan indonesia yang diguna pakai oleh para pengusaha tempatan seperti jentera – jentera pertanian yang boleh mempercepatkan proses menuai hasil untuk kegunaan eksport.
  4. RM100 juta boleh disalurkan untuk membina pusat pengumpulan hasil untik setiap daerah dan menyediakan refrigerated container untuk memastikan hasil sentiasa segar untuk dieksport dengan ini ia juga membina peluang perniagaan kepada syarikat syarikat logistik tempatan dan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada warga tempatan untuk pelbagai sektor ekonomi. Ini secara langsung melancarkan pulangan ekonomi negeri Sabah dan meningkatkan sosio ekonomi masyarakat itu sendiri.

Melihat kepada pecahan di atas Junz Wong boleh memilih untuk memberi pinjaman RM300 juta kepada syarikat gergasi AirAsia yang dimiliki oleh seorang jutawan atau boleh memberi pinjaman atau bantuan sebanyak RM240 juta kepada ribuan pengusaha tempatan dan melahirkan ribuan jutawan tempatan yang bertaraf antarabangsa.

Sebagai seorang Yang Berhormat Junz Wong juga tidak wajar untuk menghina pengusaha tempatan jikalau mereka menjual hasil mereka ditepi jalan kerana ini juga kerja yang halal dan kalau Junz Wong rasa ianya hina ini adalah kerana kegagalan Junz Wong sendiri kerana gagal menaik tarafkan pengusaha tempatan itu sendiri.

Oleh itu persoalan yang seharusnya ditanya oleh Sabahan kepada Junz Wong ialah?:

Kenapa yang kaya harus terus kaya dan yang miskin harus terus miskin?

Amat ironi kenapa Junz Wong setelah beberapa lama memimpin masih gagal memenuhi aspirasi rakyat.

Muariffidin bin Abdul Malek Chua
Naib Ketua Bahagian
Bongawan