Pengagihan bakul makanan untuk penduduk sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Laporan oleh : Justin Sunam Wong

Kota Kinabalu, 20 Oktober 2020 : Pagi tadi, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejaterahan Rakyat, YB Menteri Ir. Shahelmey Yahya bersama Pembantu-Pembantu Menteri, YB Datuk Julitah Majungki dan YB Flovia Ng telah meninjau aktiviti persediaan untuk pengagihan bantuan bakul makanan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Pengagihan bantuan untuk penduduk sekitar Bandaraya Kota Kinabalu akan bermula dari hari ini dengan pengurusan pengagihan bantuan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).